Tahniah diucapkan kepada Tuan Pengarah IPG Kampus Darulaman, Dr. Wan Fadzli bin Wan Haron atas penerimaan watikah dan pemakaian pangkat Kolonel Bersekutu Pertahanan Awam, serta tahniah juga kepada En. Musaidi Mustaffa atas pemakaian pangkat Leftenan Kolonel Pertahanan Awam, dan Encik Ikhwan atas penerimaan watikah Mejar Bersekutu Pertahanan Awam. Semoga kejayaan ini membawa lebih banyak kecemerlangan di bumi IPG Kampus Darulaman.

Tahniah diucapkan kepada para pensyarah atas pelantikan ke jawatan baharu. Seluruh warga IPGK Darulaman, bersama Tuan Pengarah dan juga Timbalan Pengarah amat berbesar hati dengan perlantikan ini. Kami yakin bahawa dengan pelantikan ini, tuan-tuan dan puan-puan akan terus membawa perubahan positif dan kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Selamat maju jaya dan semoga sukses dalam setiap langkah yang diambil. Tahniah sekali lagi dari kami semua di IPGK Darulaman




Pada 7 Jun hingga 23 Jun 2024, satu program pertukaran pelajar telah dijalankan antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman dan IPG Kampus Batu Lintang. Program ini melibatkan seramai 20 orang pelajar PISMP ambilan Jun 2021/2026 dari kedua-dua kampus. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 2 di sekolah-sekolah sekitar Sarawak dan Kedah. Melalui program ini, pelajar dapat menimba pengalaman berharga dalam suasana pembelajaran yang berbeza serta memahami budaya dan kaedah pengajaran yang berbeza di kedua-dua negeri.

Program pertukaran pelajar antara IPG Kampus Darulaman dan IPG Kampus Batu Lintang ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Program ini tidak hanya memperkaya pengalaman akademik pelajar, tetapi juga mengeratkan hubungan antara kedua-dua institusi pendidikan guru ini. Diharapkan program seperti ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan untuk manfaat yang lebih besar kepada pelajar dan institusi.

Gambar-gambar aktiviti lanjut boleh diikuti di Laman Facebook Rasmi IPG KAmpus Darulaman

Tahniah diucapkan kepada Ahmad Abid Bin Mohd Radzi dari PPISMP PAI 1 atas kejayaan cemerlang mendapat Johan Hafazan (30 Juzu') dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Institut Pendidikan Tinggi 2024. Majlis tersebut telah diadakan pada 11 & 12 Jun 2024 bertempat di UNISZA.

Pencapaian ini amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada semua. Semoga kejayaan ini akan terus menyemarakkan semangat anda dalam menghafaz dan memahami Al-Quran.

Syabas dan tahniah sekali lagi!