Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak - Seramai 39 pelajar Pendidikan Khas PISMP Ambilan Jun 2022 bersama dengan 7 pensyarah dari Jabatan Pendidikan Khas (JPK) IPGK Darulaman, Kedah telah menyertai bengkel Pengurusan Rehabilitasi pada 26 dan 27 September 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Tujuan utama bengkel ini ialah untuk memberi kemahiran dan mengenal pasti kemudahan fasiliti yang bersesuaian untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) serta melatih peserta bengkel dalam pengurusan rehabilitasi MBPK. Semua pelajar telah berjaya mengikuti Bengkel Terapi Cara Kerja yang dikendalikan oleh Dr Nurbieta binti Abdul Aziz dan Bengkel Terapi Pertuturan yang dikendalikan oleh Dr Siti Rokiah binti Abdul Razak. Selain bengkel, para peserta juga berpeluang melawat ke makmal-makmal Pendidikan Khas milik Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI.
Bengkel Pengurusan Rehabilitasi Dalam Pendidikan Khas
- Details
- Hits: 11441