- Details
- Hits: 15906
Berikut dilampirkan JWP Mei 2023 bagi pelajar PPISMP, PISMP, PDPP dan PDP.
- Details
- Hits: 15701
IPGK Darulaman, Jitra – 16 Mac 2023 (Khamis) Masjid An-Nur IPGKDA telah mengadakan program Perasmian Pelancaran Ihya’ Ramadhan 1444 H dan ceramah Isra’ Mikraj yang merupakan salah satu aktiviti Masjid An-Nur IPGKDA 2023 bermula jam 2.00 petang melibatkan semua warga IPGKDA termasuk semua pelajar yang beragama Islam. Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan dimulai dengan ucapan dari Dr. Hj. Asri bin Md Saman @ Osman, Timbalan Pegerusi Masjid An-Nur yang juga Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral mewakili Tuan Pengarah IPGKDA dan seterusnya merasmikan Pelancaran Ihya’ Ramadhan 1444H melibatkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah, Iftar Harian, Iftar Perdana, Qiamullail Perdana, solat Tarawih, Kuliah Zohor, Tadarus al-Quran, Khatam Al-Quran dan memasak bubur lambuk. Ramadan Al-Mubarak merupakan satu bulan yang mulia di sisi Allah SWT yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Oleh itu besarlah harapan pihak JK Masjid An-Nur untuk mendedahkan kepada semua warga IPGKDA tentang adab dan amalan mulia di bulan Ramadan.
Selepas itu, majlis ceramah Isra’ Mikraj pula menampilkan penceramah yang diundang khas iaitu Dr. Mohd Nizho bin Abdul Rahman pensyarah dari UUM Kedah. Majlis ceramah ini bertujuan untuk mengingati peristiwa Israk dan kaitannya dengan Bulan Ramadhan serta mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut dan mengamalkannya didalam kehidupan seharian. Program tersebut tamat pada jam 3.30 petang.
- Details
- Hits: 15565
IPGK Darulaman, Jitra- 29 Mac 2023 (Rabu) Program Bicara Profesional oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia , Yang Berbahagia Dato' Hj Ahmad Pkharuddin bin Hj Ghazali bersama siswa pendidik, pensyarah akademik dan staf Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah berlangsung pada pagi ini turut disertai oleh Dr Hj Johari bin Ariffin, Pengarah Institut Aminudin Baki dan En Mukhtar bin Mansor, Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu serta Pn Asmah binti Yusof, Pegawai Khas KPPM.
Pengarah IPG Kampus Darulaman, Yang Berusaha Dr Mohamad Fadzil bin Che Amat bersama barisan kepimpinan Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran berbesar hati menyambut kehadiran Dato' KPPM untuk berkongsi pemikiran dan pengalaman dalam mengurus dan mendepani cabaran pendidikan dalam menerajui generasi Madani berdasarkan 7 teras Kementerian Pendidikan. Beliau juga menekankan tentang beberapa perkara seperti hala tuju pendidikan negara, peranan warga pendidik, persediaan kualiti peribadi bakal guru untuk. Persediaan perlu merangkumi aspek fizikal, mental kognitif , dan spiritual kerana destinasi kerjaya yang bakal kita hadapi nanti tidak semestinya sempurna dari aspek prasarana pendidikan.
Read more: Bicara Profesional Bersama Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Page 17 of 37