Pada 7 Jun hingga 23 Jun 2024, satu program pertukaran pelajar telah dijalankan antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman dan IPG Kampus Batu Lintang. Program ini melibatkan seramai 20 orang pelajar PISMP ambilan Jun 2021/2026 dari kedua-dua kampus. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 2 di sekolah-sekolah sekitar Sarawak dan Kedah. Melalui program ini, pelajar dapat menimba pengalaman berharga dalam suasana pembelajaran yang berbeza serta memahami budaya dan kaedah pengajaran yang berbeza di kedua-dua negeri.

Program pertukaran pelajar antara IPG Kampus Darulaman dan IPG Kampus Batu Lintang ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Program ini tidak hanya memperkaya pengalaman akademik pelajar, tetapi juga mengeratkan hubungan antara kedua-dua institusi pendidikan guru ini. Diharapkan program seperti ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan untuk manfaat yang lebih besar kepada pelajar dan institusi.

Gambar-gambar aktiviti lanjut boleh diikuti di Laman Facebook Rasmi IPG KAmpus Darulaman

 

Pengarah dan Timbalan Pengarah serta seluruh warga kampus mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pelajar beragama Islam dan juga seluruh umat Islam. Semoga kita semua diberkati dengan keberanian dan keikhlasan Nabi Ibrahim A.S. dalam setiap pengorbanan yang kita lakukan. Mari kita raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin.

 

Tahniah diucapkan kepada Ahmad Abid Bin Mohd Radzi dari PPISMP PAI 1 atas kejayaan cemerlang mendapat Johan Hafazan (30 Juzu') dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Institut Pendidikan Tinggi 2024. Majlis tersebut telah diadakan pada 11 & 12 Jun 2024 bertempat di UNISZA.

Pencapaian ini amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada semua. Semoga kejayaan ini akan terus menyemarakkan semangat anda dalam menghafaz dan memahami Al-Quran.

Syabas dan tahniah sekali lagi!

 

 

Warga kampus dengan rasa bangga dan sukacita ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Tuan Haji Hafni dan Encik Mohd Shahidan. Penganugerahan ini adalah faktor penggalak ke arah  kecemerlangan dan dedikasi dalam bidang pendidikan.

Kami di Institut Pendidikan Guru  Kampus Darulaman amat berbangga dengan pencapaian para pensyarah ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang di masa hadapan. Teruskan usaha dan komitmen dalam memperkasa pendidikan negara.

Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya!

Tahniah diucapkan kepada AHMAD ABID BIN MOHD RADZI pelajar PPISMP ambilan Jun 2023 kerana telah mengharumkan nama IPGM KAMPUS DARULAMAN. Beliau telah dinobatkan selaku JOHAN hafazan kategori 1-30 juzuk dan tafsir di dalam MAJLIS TILAWAH & MENGHAFAZ AL-QUR'AN PERINGKAT INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI 2024 bertempat di UNISZA pada 9-13 jun 2024.