IPGK Darulaman, Jitra- 29 Mac 2023 (Rabu) Program Bicara Profesional oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia , Yang Berbahagia Dato' Hj Ahmad Pkharuddin bin Hj Ghazali bersama siswa pendidik, pensyarah akademik dan staf Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah berlangsung pada pagi ini turut disertai oleh Dr Hj Johari bin Ariffin, Pengarah Institut Aminudin Baki dan En Mukhtar bin Mansor, Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu serta Pn Asmah binti Yusof, Pegawai Khas KPPM.

Pengarah IPG Kampus Darulaman, Yang Berusaha Dr Mohamad Fadzil bin Che Amat bersama barisan kepimpinan Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran berbesar hati menyambut kehadiran Dato' KPPM untuk berkongsi pemikiran dan pengalaman dalam mengurus dan mendepani cabaran pendidikan dalam menerajui generasi Madani berdasarkan 7 teras Kementerian Pendidikan. Beliau juga menekankan tentang beberapa perkara seperti hala tuju pendidikan negara, peranan warga pendidik, persediaan kualiti peribadi bakal guru untuk. Persediaan perlu merangkumi aspek fizikal, mental kognitif , dan spiritual kerana destinasi kerjaya yang bakal kita hadapi nanti tidak semestinya sempurna dari aspek prasarana pendidikan.

Konsep Anak Bijak Lagi Cerdik (ABC) turut diperjelaskan oleh beliau yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial yang perlu kerjasama menyeluruh melibatkan peranan ibu bapa, guru, pentadbir dan pelajar.
Program ini cukup bermakna kerana beliau turut berkongsi pengalaman peribadi bermula sebagai guru biasa, pegawai di Jabatan Pendidikan, Pengarah di Lembaga Peperiksaan seterusnya sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Majlis berlangsung di Anjung Bicara Ilmu, Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman dihadiri oleh 300 orang pelajar, barisan kepimpinan Majlis Profesional , Pengurusan dan Pentadbiran IPGKDA, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta barisan pensyarah dan ahli kumpulan perkhidmatan institut.

Turut diadakan pelancaran tiga buku terbitan IPG Kampus Darulaman oleh Dato KPPM hasil kelolaan Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGKDA. Tahniah diucapkan kepada semua penulis buku.

Progam ini dibawah kelolaan Dr Wan Mohd Fadzli bin Wan Haron, Timbalan Pengarah IPGKDA dengan kerjasama MPPP dan JPPP IPGKDA. Semoga progam ini memberi manfaat kepada seluruh warga kampus dan dapat diteruskan di masa akan datang.

https://www.youtube.com/live/IJ3e-t9-ERo?feature=share