Utama
Bengkel Penilaian Semula Produk Inovasi Digital STEM Kelab Duta STEM-ROBOTIK IPG Kampus Darulaman
- Details
- Hits: 1294
IPGK Darulaman, Jitra – 9 Februari 2023 (Khamis). Satu permulaan yang baik tahun 2023 bagi Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai mengangkat Motto JSTEM, Menjana Kemenjadian Guru Kreatif dan Inovatif melalui STEM. Bengkel ini berjaya memberi kemahiran menonjolkan kekuatan produk dalam penghasilan poster dan video pertandingan kepada pelajar dengan sokongan pensyarah STEM Dr. Rusmawati binti Othman, Hjh. Saruvari binti Badru Duja Khan, Dr. Sumaiyah binti Abd Rahman, Hj. Dzulfazli bin Othman, Ts. Dr. Ros Eliana binti Ahmad Zuki, En. Mohd Sahafudin bin Zakaria, Dr. Vimala a/p Muniandy, Pn. Suhartina binti Md Yusop, Dr. Muhammad Fariduddin bin Wajdi Anthony, Dr. Nur Hazwani binti Zakaria dan Pn. Hazita binti Mohd Hassan. Bengkel ini adalah kelangsungan dari aktiviti penilaian produk akhir dan penambahbaikan inovasi pelajar Peneraju untuk Pertandingan Yayasan Peneraju STEM Challenge 2022/2023 pada tarikh 12 Januari 2023. Sesi mentoring ini bertempat di Bilik Permata, Pusat Sumber IPGKDa.
Kerjasama Penyelidikan Teknologi Lightboard UniMAP-IPGKDA
- Details
- Hits: 3171
UniMAP, Perlis – 12 Januari 2021 (Selasa). Satu kunjungan pensyarah STEM Jabatan Teknologi Pendidikan, Jabatan Sains dan Matematik, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi serta Unit Rekabentuk dan Teknologi ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM), Kampus Tetap UniMAP, Arau Perlis telah menyaksikan satu jaringan sinergi dalam penyelidikan pembelajaran digital dibina antara dua kampus. Dalam sesi demonstrasi ini penyelidik juga pensyarah UniMAP telah memperkenalkan rekacipta Lightboard hasil koordinasi teknologi google meet, power point dan menunjuk cara secara hands on pengajaran pensyarah pada skrin lighboard. Perkongsian inovasi pembelajaran digital ini menjadi satu titik mula kerjasama penyelidikan digital IPGK Darulaman dan UniMAP pada tahun 2021.
Bengkel Membatik Panitia Seni Visual Rendah Daerah Kubang Pasu Tarikh: 7 November 2024
- Details
- Hits: 2387
Bengkel Membatik Panitia Seni Visual Rendah Daerah Kubang Pasu telah diadakan pada 7 November 2024 bertempat di Pusat Sumber IPGKDA. Bengkel ini telah disasarkan kepada Pelajar Major Dan Elektif PSV Ambilan Ogos 2022/2027 dan Pelajar Major PSV Ambilan Ogos 2023/2028. Selain itu, ia juga melibatkan seorang guru dan seorang murid dari 58 buah sekolah rendah di Kubang Pasu.
Bengkel anjuran Panitia Pendidikan Seni Visual Kubang Pasu dengan kerjasama IPGK Darulaman ini bertujuan untuk memperkenalkan seni batik sebagai salah satu warisan budaya Malaysia dan menggalakkan murid untuk menghargai dan memartabatkan seni tradisional.
Page 44 of 45