Selamat Datang!
Tahniah kepada semua siswa-siswi baharu Ambilan Ogos 2024! IPG Kampus Darulaman mengalu-alukan kedatangan anda! Anda kini melangkah ke fasa baru dalam kehidupan sebagai pendidik masa depan.
Semoga anda semua bersemangat dalam menimba ilmu dan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada.
Selamat datang sekali lagi dan selamat maju jaya!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-67!
Seluruh warga IPG Kampus Darulaman dengan penuh rasa bangga mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia. Dalam semangat kemerdekaan ini, marilah kita bersama-sama menghargai perjuangan para pejuang kemerdekaan dan terus menyemarakkan semangat patriotisme.
Untuk semua siswa-siswi guru, kita semua mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk generasi masa depan yang cintakan negara, bersatu padu, dan berjiwa merdeka. Semoga Hari Kebangsaan kali ini membawa lebih banyak keharmonian dan kemakmuran buat tanah air kita yang tercinta.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Malaysian Qualification Agency (MQA) bagi Program Diploma Perguruan Pendidikan Islam (MQA/FA 17895) telah berlangsung pada 19-20 Ogos 2024 hari Isnin dan Selasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Ahli Panel Penilai yang terlibat adalah Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana binti Rashed dan Dr. Abu Zarrin bin Selamat serta Pegawai MQA bertugas En. Mohd Fairuz bin Abu Samah. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan semasa lawatan adalah seperti mesyuarat penyelarasan antara Pegawai MQA dan Ahli Panel Penilai (APP), taklimat latar belakang program oleh Ketua Program iaitu Ketua Jabatan dari Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JPIM) serta sesi pembuktian pematuhan terhadap syarat-syarat akreditasi sementara, perjumpaan dengan Ketua Program & staf akademik, pemerhatian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, perjumpaan dengan wakil pelajar PPT dan pelajar program PDP, lawatan ke bilik kuliah & pusat sumber, semakan dokumen, perjumpaan dengan Setiausaha Jaminan Kualiti & Pematuhan Polisi, penyelarasan hasil dapatan lawatan antara APP dengan MQA dan pembentangan dapatan lawatan bersama pihak MQA, APP dan pihak pengurusan PPT. Tahniah diucapkan kepada Pengarah, Timbalan Pengarah, SU SJKPP, KJ JKA, Penyelaras MQA, Pemegang Program PDP Pendidikan Islam - KJ JPIM, semua KJ/KU, AJK dan urusetia program serta semua pensyarah yang terlibat semasa penyediaan dan pelaksanaan penilaian MQA kali ini. Terima kasih atas komitmen, fokus dan sinergi yang tinggi.

Bengkel Penyelarasan Aktiviti Penghayatan Hadith 40 Imam Nawawi telah diadakan pada 8 Ogos 2024 di Dewan Budaya, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Seramai 29 orang peserta telah mengambil bahagian. 4 orang fasilitator telah terlibat bagi melicinkan perjalanan aktiviti penghayatan hadith 40 Imam Nawawi iaitu Ustaz Mohd Zakir bin Majid, Ustaz Dr Mohd Zaini bin Mohd Zain, Ustaz Asyraf bin Abd Ghani dan Ustaz Ahmad Hilmi bin Ahmad Zohdi. Para peserta telah didedahkan tentang pemantapan amalan terbaik bagi menghayati hadis 40 Imam Nawawi. Penyelaras bertugas ialah En. Ahmad Hilmi bin Ahmad Zohdi.